OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jalan Gua Musang-Jeli runtuh November lalu akibat masalah pembentung

Jalan Gua Musang-Jeli runtuh November lalu akibat masalah pembentung

GUA MUSANG: Pembentung berusia hampir 40 tahun yang pecah dikesan punca jalan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli, runtuh pada November tahun lalu.

Akibat kejadian itu, jalan yang menjadi laluan utama ke Jeli ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sehingga menyebabkan penduduk dan beberapa agensi bergotong royong membina jalan lencongan sementara diperbuat daripada kayu dan batu.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) kini berusaha membina jalan baharu di laluan terbabit, namun ia mengambil masa kerana perlu melakukan kajian terperinci sebelum dimulakan.

"Saya dimaklumkan sebelum membina jalan baharu, beberapa faktor perlu diambil kira termasuk proses teknikal dan kajian pergerakan tanah supaya kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

"Saya difahamkan pihak konsesi masih menunggu kelulusan pihak teknikal daripada segi reka bentuk jalan dan struktur tanah.

"Jalan itu memerlukan kerja tanah yang cukup besar dan proses teknikal perlu dibuat terperinci kerana di sekitar ini banyak kawasan cerun," katanya ketika ditemui di lokasi itu, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan lebih 3,000 penduduk di lapan kampung di sekitar mukim Jerek, Gua Musang terjejas apabila Jalan Gua Musang-Jeli yang menjadi penghubung utama mereka runtuh akibat mendapan selepas hujan berterusan hujung November tahun lalu.

Pada Jumaat lalu pula, jalan lencongan sementara di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di sini ditutup kepada semua kenderaan apabila berlaku runtuhan tanah sepanjang 30 meter susulan hujan lebat.

Mohd Azmawi Fikri berkata, cadangan pembinaan jambatan Bailey sebelum ini bagi menggantikan jalan asal yang runtuh tidak dapat dilakukan, menyebabkan jalan lencongan sementara terpaksa dibina bagi memberi kemudahan laluan kepada pengguna.

"Sebelum ini kita bercadang membina jambatan Bailey, tetapi JKR memberi cadangan berlainan kerana keadaan di sini tidak sesuai untuk jambatan itu disebabkan banyak cerun dan pembetung lama berusia hampir 40 tahun yang menyebabkan runtuhan tanah.

"Pihak JKR mahu memastikan jalan baharu akan dibina selamat untuk kegunaan orang ramai kerana ia laluan utama termasuk bagi kenderaan berat," katanya

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search