OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

ECRL tak lepas tangan isu banjir di laluan pembinaan - CEO MRL

ECRL tak lepas tangan isu banjir di laluan pembinaan - CEO MRL

PASIR PUTEH - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak akan lepas tangan berhubung isu banjir yang dihadapi penduduk di sepanjang pembinaan projek pengangkutan awam tersebut di Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku.

"Jika sekiranya terbukti bahawa kesilapan serta masalah itu melibatkan ECRL, kita akan bekerjasama dengan semua terlibat untuk mengatasinya.

"Kami juga telah membuat beberapa sesi perbincangan sebelum ini bermula November, Disember tahun lepas dan Januari hingga Februari tahun ini," katanya semasa sidang akhbar semasa lawatan kerja rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ke tapak Stesen Pasir Puteh di Jalan Cherang Tuli di sini pada Khamis.

Menurut beliau, sesi perjumpaan dan perbincangan dengan pihak berkuasa negeri serta Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh telah diadakan.

Ujarnya, masalah yang dibangkitkan telah diselesaikan dan pihaknya juga telah mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. "Kita sentiasa proaktif dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan penduduk tempatan," jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kes banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di sepanjang pembinaan laluan ECRL di sini sejak tahun lalu.

Susulan itu penduduk mendakwa mereka mengalami kerugian akibat banjir kilat tersebut.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search