OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gunung Lewotobi meletus, amaran dinaikkan ke tahap tertinggi

Gunung Lewotobi meletus, amaran dinaikkan ke tahap tertinggi

JAKARTA, 21 Mac: Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus lewat malam Khamis dan berlanjutan hingga pagi Jumaat, menyebabkan pihak berkuasa menaikkan status amaran ke tahap tertinggi.

Menurut laporan Xinhua, letusan itu menghamburkan abu setinggi 8,000 meter sebelum tengah malam Khamis, dengan asap kelabu kehitaman tersebar ke arah barat daya dan barat.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi menaikkan status amaran gunung berapi itu ke tahap IV, iaitu tahap amaran tertinggi sejak Khamis.

Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan (VONA) juga dikeluarkan pada tahap merah, melarang pesawat daripada melakukan penerbangan di bawah ketinggian 6,000 meter di sekitar kawasan itu.

Pesawat juga dinasihatkan untuk berwaspada terhadap abu gunung berapi yang boleh mengganggu penerbangan.

Sejak Khamis, zon bahaya telah diperluaskan dengan radius sekitar kawah meningkat dari tujuh kepada lapan kilometer di bahagian barat daya dan barat laut, manakala kawasan lain diperluaskan dari lima kepada tujuh kilometer.

Penduduk di kawasan terjejas juga disarankan memakai pelitup muka untuk melindungi diri daripada masalah berkaitan pernafasan. Gunung Lewotobi, dengan ketinggian 1,584 meter merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search