OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kapit terjejas banjir, lima sekolah dinaiki air

Kapit terjejas banjir, lima sekolah dinaiki air

KUCHING – Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kapit dekat sini ditenggelami banjir.

Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, antara yang terjejas ialah lima buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Yong, SK Bena Sut, SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena.

“Bagaimanapun, banjir di tiga sekolah iaitu SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena sudah mulai surut,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
 

Beliau berkata, beberapa kawasan lain turut dilanda banjir iaitu Kampung Muhibah di Jalan Bleteh; Kampung Baru, Jalan Abg Sulaihi; Lorong 7 Jalan Airport dan Ng Seranau.

“Berikutan bencana banjir ini juga, saya difahamkan jalan dan bekalan elektrik terpaksa diputuskan sementara iaitu di Sg. Sibau (Rh. John Ramba), Rh. Riti, Ng. Tulie, Kawasan Pulau Pisang dan Ng. Baleh,” katanya.

Manakala, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak turut melaporkan jalan akses ke Empangan Baleh turut runtuh.

Katanya ketika ini, pemasangan penghadang penutupan jalan sedang giat dijalankan.- KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search