OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jumlah mangsa banjir di Karak meningkat

Jumlah mangsa banjir di Karak meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia di Karak, Bentong, Pahang kini meningkat kepada 95 orang.

Semakan di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 5 petang tadi, menunjukkan terdapat 28 keluarga membabitkan 95 mangsa banjir kini berlindung sementara di PPS berkenaan.

Mereka terdiri daripada 62 lelaki dan wanita dewasa, 29 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta empat bayi termasuk seorang bayi perempuan.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan, memaklumkan setakat jam 4 petang tadi, empat PPS dibuka di seluruh negara akibat bencana banjir dan tanah runtuh.

Dua PPS beroperasi di Sarawak iaitu di Miri dan Sibu yang menempatkan 158 mangsa daripada 37 keluarga yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.

Sementara itu, satu PPS beroperasi Jelebu, Negeri Sembilan yang menempatkan 96 mangsa daripada 24 keluarga yang terjejas banjir serta satu PPS yang baharu dibuka di Bentong, hari ini ekoran kejadian banjir di Karak.

Terdahulu, BH melaporkan Kampung Karak Setia dan Kampung Mangin di Karak, Bentong dekat sini, dilaporkan dilanda banjir dengan 38 keluarga sudah berpindah sementara di PPS SMK Karak Setia.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search