OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson susulan kebocoran gas

Letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson susulan kebocoran gas

PORT DICKSON – Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson meletup berpunca daripada kebocoran gas pada power unit 2A di kawasan pipeline yang melibatkan neutral gas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar berkata, letupan berkenaan bagaimanapun tidak membabitkan kebakaran.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan daripada stesen tersebut berhubung kejadian letupan kira-kira pukul 9.09 malam dan tiba ke lokasi yang berjarak satu kilometer dua minit kemudian.

“Seramai 19 pegawai dan anggota dari BBP Port Dickson dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu URVAN dan satu jentera Hazmat.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan size-up di lokasi bagi mencari punca letupan dan letupan melibatkan kebocoran gas pada power unit 2A di kawasan pipeline HRSG/PD2A yang melibatkan neutral gas,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Mohd. Kamal lagi, letupan tidak melibatkan mangsa dan bacaan oksigen di luar bangunan adalah 20.8, selain stesen janakuasa tersebut menggunakan tenaga turbine gas.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan terkini di Facebook (FB) pagi ini menyatakan kebakaran telah dipadam dan setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan kepada warga kerja TNB mahupun orang awam yang dilaporkan.

“TNB sedang bekerjasama dengan pihak bomba untuk meneruskan siasatan. Langkah kawalan keselamatan telah diambil, dan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan. Secara keseluruhan operasi stesen janakuasa berada dalam keadaan terkawal,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search