Hujan berterusan diramal di Sarawak hingga Rabu
- Admin UKK
- Berita
Kuala Lumpur: Hujan berterusan diramal berlaku di beberapa daerah di Sarawak sehingga Rabu.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata amaran waspada itu dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.
Sebelum ini, Metmalaysia menjangka beberapa lagi luruan monsun yang berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak.
Mohd Hisham dilaporkan berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kelaziman kerana luruan angin di antara Februari dan Mac akan menghala ke dua wilayah berkenaan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini boleh melayari laman web rasmi Metmalaysia atau talian hotline 1-300-22-1638.