OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan setakat 7 pagi Selasa.

Sejumlah 94,607 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laman web Public Info Banjir, mangsa melibatkan 28,381 keluarga ditempatkan di 406 PPS yang dibuka.

 

Mangsa tertinggi direkodkan di Kelantan dengan 58,141 mangsa daripada 18,338 keluarga berlindung di 168 PPS di lapan daerah.

Terengganu pula mencatatkan 25,191 mangsa daripada 6,592 keluarga berlindung 143 PPS. Manakala di Kedah, 7,501 mangsa daripada 2,309 keluarga ditempatkan di 40 PPS di lima daerah.

Negeri baru yang terjejas, Pahang menempatkan 1,852 mangsa di 22 PPS.

Sementara itu, di selatan tanah air menempatkan 1,052 mangsa daripada 297 keluarga di 20 PPS.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search