OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tiada keperluan tangguh peperiksaan SPM, STPM

Tiada keperluan tangguh peperiksaan SPM, STPM

Besut: Kementerian Pendidikan memutuskan tiada keperluan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk tarikh ujian lisan ketika bencana banjir kerana perlu mengambil kira pelbagai faktor.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, pihaknya mempunyai mekanisme untuk menangani isu banjir terutamanya membabitkan peperiksaan awam khususnya SPM serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Kita akan menambah baik Operasi Payung termasuk menangani pelbagai isu di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta Jabatan Pelajaran Negeri.

"Kita turut melakukan penyelarasan bersama polis, tentera serta agensi penyelamat lain sepanjang berdepan dengan bencana banjir," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap jadual peperiksaan yang disusun sudah mengambil kira pelbagai perkara, sekiranya penangguhan dibuat akan menjejaskan perkara lain termasuk kemasukan pelajar ke universiti.

"Pelajar yang menduduki peperiksaan ditempatkan di asrama untuk membolehkan mereka dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa menggunakan segala kemudahan belajar seperti kelas serta perpustakaan.

"Saya jumpa mereka (calon SPM) sangat teruja untuk menduduki peperiksaan walaupun berdepan bencana, kita turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya sudah mengarahkan kumpulan sokongan terdiri daripada guru kaunseling untuk menyantuni calon SPM supaya segala isu berkaitan psikologi sosial pelajar dapat ditangani sebaiknya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search