OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

3 negeri tiada perubahan, mangsa di Kelantan naik

3 negeri tiada perubahan, mangsa di Kelantan naik

Situasi banjir di Terengganu, Melaka dan Johor tidak menunjukkan banyak perubahan manakala jumlah penduduk terjejas di Kelantan meningkat setakat pagi semalam.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 228 orang setakat 8 pagi semalamberbanding 250 orang malam kelmarin yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Marang dan Dungun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan 191 mangsa daripada 36 keluarga masih berlindung di empat PPS di Marang iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai, Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai, Dewan Sivik Mercang dan SK Pengkalan Berangan, manakala 37 mangsa daripada tujuh keluarga berada di dua PPS di Dungun iaitu SK Tok Kah dan Balairaya Alor Mak Bah.

Menurut portal InfoBanjir, paras air sungai di dua lokasi iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok (F2) dan Sungai Nerus di Kampung Bukit masing-masing di Setiu melepasi paras amaran manakala Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1) di sini melepasi paras waspada.

Di MELAKA, jumlah mangsa turut menurun sedikit kepada 220 orang daripada 60 keluarga setakat 8 pagi semalam berbanding 231 orang daripada 64 keluarga malam kelmarin yang masih berlindung di dua PPS di Melaka Tengah.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan 185 orang daripada 49 keluarga ditempatkan di SK Tanjung Minyak 2 manakala 35 orang daripada 11 keluarga berlindung di Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundur.

Menurut sekretariat itu, kesemua mangsa merupakan penduduk di lima kawasan iaitu Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bukit Datuk A, Kampung Pantai Kundur dan Taman Rambai Indah. Sementara itu di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, banjir di negeri itu kekal dengan satu PPS dibuka iaitu Balai Raya Batu Badak di Segamat, yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga yang tinggal di Kampung Seberang Batu Badak.

Beliau berkata, lima Banjir di Johor kekal dengan satu PPS dibuka sungai berada pada paras amaran melibatkan dua sungai di Tangkak (Sungai Kesang di Telok Rimba dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma’amor) dan satu sungai di Segamat (Sungai Muar di Buloh Kasap), manakala dua lagi di Mersing (Sungai Paya Dato’) dan di Kota Tinggi (Sungai Pungai).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 76 orang selepas satu lagi PPS dibuka di SK Gual To’Deh, Pasir Mas pagi ini melibatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jumlah mangsa yang masih berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Beris Panchor, Bachok ialah seramai 44 orang daripada 12 keluarga.

Sementara itu, berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras amaran dengan ketinggian 8.73 meter (m) setakat 9 pagi semalam manakala tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dengan ketinggian 2.09m, Sungai Melor, Bachok 7.04m dan Sungai Semerak di Pasir Puteh 2.14m.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search