OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Persekolahan tak terjejas walaupun sekolah dijadikan PPS

Persekolahan tak terjejas walaupun sekolah dijadikan PPS

KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan di tiga sekolah rendah masing-masing dua di Marang dan satu di Dungun tidak terjejas meskipun digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Pendidikan negeri, Jelani Sulong berkata bilik darjah di tiga sekolah berkenaan tidak banyak digunakan untuk menempatkan mangsa banjir.

"Kita berpendapat, tiada keperluan untuk tiga sekolah itu ditutup kerana dijadikan PPS. "Dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai dan SK Pengkalan Berangan yang dibuka sebagai PPS kini menempatkan 157 mangsa banjir daripada 27 keluarga.

"SK Tok Kah di Dungun pula hanya menempatkan 21 mangsa banjir daripada empat keluarga," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Jelani berkata, tiga sekolah berkenaan dibuka sebagai PPS sejak Jumaat lalu. 

Dalam pada itu, beliau berkata pengurusan sekolah boleh memohon cuti bencana jika kebanyakan daripada kelas digunakan untuk dijadikan PPS.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri memaklumkan 216 mangsa banjir masih berada di enam PPS termasuk tiga sekolah di dua daerah di negeri ini sehingga jam 12 tengah hari ini.

Daerah Marang mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 185 orang, manakala Dungun 31 orang.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search