OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Aliran air laju 10 minit boleh sebabkan kepala air

Aliran air laju 10 minit boleh sebabkan kepala air

Fenomena kepala air di kawasan rekreasi seperti di sungai boleh berlaku seawal 10 minit apabila aliran sungai ke kaki bukit turun dengan laju, tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang, berkata biasanya kepala air boleh turun dalam tempoh 10 hingga 30 minit mengikut kelebatan hujan yang berlaku.

Disebabkan itu, katanya, jika di kawasan kaki bukit tidak hujan, tetapi di atas bukit cuaca hujan, kepala air masih boleh berlaku secara mengejut.

“Antara petanda akan berlakunya kepala air, termasuk bunyi deruan kuat di atas puncak bukit atau gunung selain warna air secara tiba-tiba bertukar keruh mendadak yang disertai ranting

kayu dan daun berselerak mengikut aliran air.

“Berikutan itu orang ramai yang mengunjungi lokasi riadah terbabit perlu sentiasa peka dengan keadaan persekitaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Awang Hidzel berkata, orang ramai yang terbabit dalam sebarang aktiviti di air sepatutnya memakai alat perlindungan diri seperti jaket keselamatan kerana

ia dapat membantu mereka menyelamatkan diri sekiranya arus deras kepala air berlaku.

Segera ke kawasan selamat

Namun, katanya, jika orang ramai dapat mengesan lebih awal petanda akan berlaku kepala air, mereka sebaiknya tidak menunggu dan segera naik ke kawasan selamat yang jauh dari aliran sungai.

“Jika ada petanda seperti bunyi deruan dan air sungai menjadi keruh berlaku, jangan tunggu lagi, segera beredar dari kawasan itu kerana bimbang kepala air akan berlaku yang boleh mengancam nyawa.

“Sebaiknya dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, kita perlu elak mengunjungi kawasan rekreasi termasuk di pantai, sungai dan bukit untuk mengelak kejadian ini berlaku,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search