Lebih sebulan Taiping tak hujan
- Admin UKK
- Berita
Taiping yang dikenali sebagai ‘Bandar Hujan’ tidak terkecuali daripada menerima kesan musim kemarau.
Bandar itu sudah lebih sebulan tidak menerima hujan dan keadaan itu amat jarang berlaku.
Tinjauan BH mendapati beberapa kawasan di Taman Tasik Taiping hampir kering kontang sehingga nampak dasarnya.
Keadaan tanah yang merekah turut menampakkan hidupan seperti siput mati.
Belum pernah berlaku
Pengunjung dari Kuala Kangsar, Zakri Yusoff, 60, berkata beliau terkejut dengan kejadian berkenaan dan seumpama itu
belum pernah berlaku.
“Sejak dari saya kecil lagi di sinilah tempat saya dan keluarga bersantai, khususnya pada waktu cuti sekolah.
“Saya bukanlah penduduk di
sini tapi sepanjang pengetahuan saya, belum pernah lagi melihat Taman Tasik Taiping kering.
“Jadi bila dah lama tak datang, hari ni saya terkejut apabila mendapati airnya sudah susut
lebih dari separuh sehingga menampakkan dasarnya dan boleh dilalui manusia,” katanya di sini.
Zakri berkata, bagi memastikan keadaan tasik ini terpelihara beliau mencadangkan pihak berkaitan agar mengorek dan mendalamkan lagi Taman Tasik ini bagi membolehkan pelbagai aktiviti air dapat dilakukan, biarpun musim kemarau.