SESI LIBAT URUS NADMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
SESI LIBAT URUS NADMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2024: MESYUARAT PENYELARASAN PERUNTUKAN BENCANA NADMA DAN SISTEM DGIM
GEORGETOWN | 24 JUN 2024
Telah berlangsung Sesi Libat Urus NADMA Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA dan Sistem DGIM yang bertujuan untuk:
(i) Mengenal pasti dan mendapatkan maklum balas mengenai garis panduan tatacara pemberian BWI dan garis panduan tatacara perbelanjaan peruntukan pengoperasian bencana MTL yang telah diperkenalkan semasa sesi jerayawara tahun 2023 bagi persediaan MTL 2023/2024;
(ii) Memantau peruntukan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana MTL 2023/2024 serta lain-lain perbelanjaan di bawah NADMA;
(iii) Memberi penjelasan mengenai permohonan senarai penerima bantuan bencana untuk dikemaskini dalam Sistem e-Pasca di bawah NADMA;
(iv) Mendapatkan status perbelanjaan pembaikan dan naik taraf PPS dan pembinaan PPKB
(v) Mendapatkan senarai NGO yang telah berdaftar di bawah Rakan NADMA di setiap negeri; dan
(vi) Memperkenalkan Sistem DGIM bagi tujuan pelaporan perbelanjaan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian MTL 2023/2024 secara bulanan, pelaporan profil daerah dan negeri, pelaporan pergerakan NGO di lapangan.