Perasmian Weather Climate and Science for Service Partnership (WCSSP) Southeast Asia 6th Regional Workshop
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
11 Jun 2024 - YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA menyampaikan ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Weather Climate and Science for Service Partnership (WCSSP) Southeast Asia 6th Regional Workshop yang berlangsung dari 10 hingga 13 Jun 2024 di Hotel The Wembley St. Giles, Pulau Pinang.
Bengkel teknikal ini dianjurkan bersama oleh United Kingdom Meterological Office (UKMO) dan Pasukan WCSSP Malaysia terdiri daripada NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan MiGHT.
Delegasi Pasukan WCSSP daripada United Kingdom, Filipina, Indonesia, Vietnam dan rakan kolaborasi daripada universiti seramai 80 orang berkumpul untuk membincangkan penambahbaikan saintifik dalam model ramalan cuaca berimpak tinggi (HIW) dan utilisasi data cuaca dalam ramalan berasaskan impak dan pengurusan bencana berkaitan cuaca.