LAWATAN KE TAPAK SIMPANAN MAKANAN RETORT BAGI PEMANTAUAN INISIATIF KESIAPSIAGAAN BENCANA: MEMPERKUKUHKAN FUNGSI NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diadakan pada 28 November 2023 di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Kuantan, Pahang dan 30 November 2023 di DSKB Kemumin, Kelantan. Lawatan ini adalah berdasarkan hasrat pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) untuk turun ke lapangan bagi membuat pemantauan perolehan makanan retort melalui peruntukan yang telah disalurkan sebanyak RM2 juta kepada JKM. Wakil MoF diketuai oleh Pengurus Kanan dan Timbalan Pengarah manakala dari NADMA wakil-wakil Seksyen Kewangan dan Akaun berserta Seksyen Logistik telah hadir bersama.