OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

Mesyuarat Perbincangan Cadangan Kerjasama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan NADMA bagi menjalankan Kajian Pelan Tindakan Bencana Daerah

MESYUARAT PERBINCANGAN CADANGAN KERJASAMA ANTARA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMALAYSIA) DENGAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) BAGI MENJALANKAN KAJIAN PELAN TINDAKAN BENCANA DAERAH | 14 Januari 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya

Telah berlangsung satu Mesyuarat Perbincangan Cadangan Kerjasama Antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan NADMA bagi menjalankan kajian Pelan Tindakan Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan kerjasama strategik antara pihak PLANMalaysia dan NADMA bagi menjalankan kajian Pelan Tindakan Bencana peringkat Daerah dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) sebagai salah satu inisiatif utama di bawah pelaksanaan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030.

Di samping itu, mesyuarat ini juga turut membincangkan tentang pembangunan Sistem Malaysia Urban Observatory (MUO) sebagai satu sistem pemantauan perbandaran di peringkat nasional yang bertujuan untuk mengintegrasikan pelbagai platform data raya yang lebih komprehensif, inklusif dan berkesan bagi mencapai pembangunan mampan terhadap kesejahteraan rakyat.

Turut hadir dari pihak NADMA ialah Encik Ir. Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi serta wakil pegawai dari Seksyen Dasar dan Perancangan dan Seksyen Mitigasi. Selain itu, bersama-sama yang hadir adalah wakil dari PLANMalaysia yang diketuai oleh YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) serta ahli-ahli mesyuarat yang lain.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search