OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY
Previous Next

SESI LATIH AMAL SIMULASI PELAN TINDAKAN KECEMASAN EMPANGAN KENYIR | KUALA BERANG

16 November 2023 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad Power Generation Sdn Bhd (TNB GenCo) dan Majlis Daerah Hulu Terengganu telah menjalankan Sesi Latih Amal Simulasi Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir sebagai persediaan menghadapi MTL 2023/2024.
Sesi latih amal ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada agensi berwajib serta komuniti setempat berkenaan peranan masing-masing semasa bencana selain memastikan tahap kesiapsiagaan agensi kerajaan. Seramai 381 orang urus setia yang terdiri daripada 33 orang pegawai dan 348 anggota dari pelbagai agensi telah menjayakan sesi latih amal yang turut dibantu oleh 33 aset agensi kerajaan.
Sejumlah 567 orang penduduk kampung dari 15 buah kampung dan 4 buah sekolah berhampiran telah diungsikan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Residensi TNB Kuala Berang. Latih amal kali ini ditutup dengan sesi pascanilai bagi menambahbaik lagi sebarang kelemahan yang mungkin terjadi semasa pelaksanaan latih amal tersebut.
Sesi penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, YBrs. Tuan Haji Lizan bin Che Mat. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim serta Timbalan Ketua Polis Terengganu, YDH SAC Dato' Wan Rukman bin Wan Hassan.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search