PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603 8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Berita

Previous Next

Lawatan ke Negeri Sabah Untuk Melihat Proses Koordinasi dan Penyelarasan Operasi Bantuan Kemanusiaan COVID-19.

4 November 2020 - Minggu ini 3 orang pegawai daripada NADMA Malaysia telah membuat lawatan ke Negeri Sabah untuk melihat proses koordinasi dan penyelarasan operasi bantuan kemanusiaan COVID-19.
DCP Dato’ Hussien bin Omar Khan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Cik Murni bt Mat Amin, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan En Adiratna Wira b. Adnan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Teknikal & Infrastruktur telah membuat pelbagai kunjungan ke bilik-bilik gerakan semua agensi yang terlibat.
Kunjungan ke Pusat-Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 telah membantu dalam mendapatkan maklumat pengoperasian dan pengurusan di peringkat negeri dan daerah.
Pasukan ini juga telah berpeluang untuk mengadakan perbincangan berkaitan pengurusan logistik, bantuan daripada pihak NGO, optimisasi tenaga kerja serta sumber manusja dan cabaran-cabaran awal koordinasi pengurusan, penambahbaikan pengurusan sekarang yang bertambah baik selain cabaran-cabaran lain masakini.

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2020 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search