PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603 8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Berita

Previous Next

23 November 2020 - Acara serah tugas mantan Ketua Pengarah NADMA Malaysia YBhg Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman kepada YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim.
Jasamu sentiasa dikenang.
 
Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-layuan,
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-Rinduan .
 
Kalau ada pauh didaik,
Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.
Previous Next

14 November 2020 - Sokongan logistik merupakan salah satu bidang tugas NADMA Malaysia dalam usaha negara menguruskan pandemik Covid-19 di Malaysia.
Team NADMA bersama anggota-anggota pasukan SMART (dengan kekuatan 7+14 orang) telah selesai menjalankan operasi memindahkan sejumlah 151 set katil pesakit yang telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dari Depo Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Sg Buloh. Turut membantu menjayakan operasi adalah team daripada Depo Simpanan Pertahanan (DSP), HKL dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Terima kasih semua #kitajagakita💕
Previous Next

5 November 2020 - NADMA Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa bekerjasama rapat dalam pengurusan bencana terutamanya dalam memastikan kebajikan mangsa-mangsa bencana terjaga rapi.
Sejak awal pengurusan Covid-19 di Malaysia , Tabung Covid-19 yang diuruskan NADMA telah menyalurkan dana kepada Yayasan Kebajikan Negara untuk penyaluran bantuan bakul makanan kepada komuniti yg terjejas akibat pandemik Covid-19.

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2020 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search