PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603 8870 4800
+603 8870 4906
+603 8870 4896
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off  RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

Pemohon-pemohon diminta untuk membaca garis panduan permohonan dengan teliti dan mengemukakan dokumen yang lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.

Pada 17 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah meluluskan agar penggunaan Tabung COVID-19 NADMA diperluaskan bagi meliputi Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19  kepada waris yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Tabung Covid-19 NADMA sebelum ini telah diwujudkan pada 11 Mac 2020 bagi memberi bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada rakyat Malaysia yang bekerja/berniaga di Malaysia tetapi kehilangan pendapatan atau tidak dibayar gaji berikutan dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Garis Panduan Pemberian Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19

Siapakah Yang Boleh Memohon
Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia di malaysia sahaja yang boleh memohon bantuan khas ini.

Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan oleh waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2021 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search