PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

INFO KORPORAT

 

VISI

ICT sebagai pemacu penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang baik.

 

MISI

Mengoptimumkan perkhidmatan ICT secara holistik bagi penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang cekap dan berkesan.

Fungsi Utama Seksyen Teknologi Maklumat (ICT) terbahagi kepada dua iaitu:

  • Pengurusan Pentadbiran ICT dan Pembangunan Aplikasi
  • Infrastruktur, Rangkaian, Keselamatan ICT & Aset

 

Berikut adalah senarai aktiviti bagi setiap fungsi dalam Seksyen Teknologi Maklumat :

 a. Pengurusan Pentadbiran ICT dan Pembangunan Aplikasi

  1. Merancang pelaksanaan ICT termasuk keperluan teknologi, latihan dan pelaksanaan projek ICT;
  2. Menjalankan promosi bagi perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi untuk dilaksanakan;
  3. Merancang, mengurus dan memantau aktiviti perpindahan teknologi dan change management;
  4. Merancang, mengurus dan memantau aktiviti latihan, program pembudayaan amalan baik ICT, program kompetensi keselamatan ICT dan TOT;
  5. Merancang, mengurus dan memantau program inovasi ICT;
  6. Menjadi urusetia urus tadbir ICT – Jawatankuasa Pemandu ICT dan Jawatankuasa Teknikal projek ICT;
  7. Menyelaras dan mengurus keperluan aplikasi, portal, laman web dan email Agensi;
  8. Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik pembangunan aplikasi, portal, laman web dan email secara berterusan kepada agensi;
  9. Mengurus keperluan pengintegrasian sistem antara agensi; dan
  10. Merancang dan menyelaras inisiatif-inisiatif baru pembangunan aplikasi agensi.

 

 b. Infrastruktur, Rangkaian,  Keselamatan ICT & Aset

  1. Mengesan secara proaktif dan reaktif ancaman pencerobohan portal Jabatan dan laman web;
  2. Merancang pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT Agensi;
  3. Menyelaras dan mengurus keperluan rangkaian, keselamatan, teknologi dan Pusat Data Agensi;
  4. Memantau penggunaan rangkaian 1Gov*Net dan Menyelenggara rangkaian 1Gov*Net dengan baik secara mengamalkan prosedur-prosedur keselamatan rangkaian seperti instalasi antivirus, penyelenggaraan server dan peralatan rangkaian;
  5. Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik operasi dan rangkaian secara berterusan;
  6. Menyediakan khidmat nasihat dalam tatacara perolehan perisian, perkakasan dan peralatan rangkaian ICT;
  7. Pengurusan aset ICT (Penerimaan, Pendaftaran & Pelupusan)
  8. Menguruskan pinjaman perkakasan ICT; dan
  9. Menjadi urusetia sokongan teknikal didalam program-program yang dianjurkan oleh Agensi.

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search