Selamat Datang ke Portal NADMA!

  

Perutusan Ketua Pengarah NADMA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia), Jabatan Perdana Menteri.

Rentetan daripada insiden-insiden bencana luar biasa khususnya Banjir Monsun pada 2014 yang telah mengakibatkan kemusnahan besar di beberapa negeri, Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2015 telah membuat keputusan menubuhkan NADMA Malaysia dimana jentera perancangan dan pelaksanaan bencana negara dapat diurus dengan lebih cekap, berkesan dan sampai ke segenap lapisan masyarakat khususnya mangsa bencana.

 

Keprihatinan komuniti setempat, amaran dan ramalan awal dari agensi yang bertanggungjawab akan membantu terutama dalam proses penempatan serta keselamatan mangsa. Kita mahu membudayakan kesiapsiagaan dalam membina komuniti yang teguh.

Justeru itu, saya berharap portal ini dapat menjadi satu landasan terbaik dalam menyampaikan maklumat sahih yang terkini berkaitan bencana. Diharapkan segala usaha-usaha sebelum, semasa dan selepas bencana dapat diuruskan dengan lebih lancar dengan bantuan informasi-informasi di sini.

 

Selamat melayari Portal Bencana NADMA.

 

Sekian, terima kasih.

Dato' Mohtar bin Mohd Abd Rahman

Ketua Pengarah

 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia)
Jabatan Perdana Menteri

 

 

 

 

 


Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image