PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603 8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN)

TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA (TBBN)

(Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN))

  1. Pengurusan bencana memerlukan penglibatan pelbagai pihak di setiap peringkat. Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 menekankan bahawa pengurangan risiko bencana adalah tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama (shared responsibility) bukan sahaja Kerajaan malah turut melibatkan semua pihak termasuk komuniti.

  2. Pada masa kini, semua keperluan bencana adalah bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Kerajaan melalui Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diselaraskan oleh NADMA, JPM. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada Surat Ikatan Amanah KWABBN, Kumpulan Wang Amanah (KWA) ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dana daripada orang ramai bagi tujuan pengurusan bencana negara.

  3. Selaras dengan hasrat itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah meluluskan cadangan mewujud dan mengadakan kempen Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) untuk dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA, JPM)

  4. Penubuhan TBBN ini antara lain adalah untuk menggalakkan sumbangan pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorangan atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungjawab semua anggota masyarakat.

  1. Ketika ini, sumbangan bantuan bencana dikendalikan oleh pelbagai pihak dan dilakukan tidak terselaras serta didapati terdapat tabung- tabung bencana dibuka tanpa pengawasan sehingga terdedah kepada unsur-unsur penipuan. Oleh yang demikian, pewujudan TBBN ini dapat membantu Kerajaan menyelaras bantuan yang disumbangkan oleh rakyat serta mengurangkan unsur-unsur penipuan.

  2. Dengan kewujudan TBBN yang khusus untuk membantu mangsa- mangsa bencana dan pengurusan bencana di negara ini, rakyat Malaysia, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan pada bila-bila masa dapat membantu mangsa-mangsa dan pengurusan bencana negara menerusi sumbangan kepada tabung ini. Semoga ini akan menjadi amalan terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa dalam menggalakkan penglibatan semua pihak dalam pengurusan bencana.

  3. Untuk menderma,


    Nama Akaun : TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA

    No. Akaun : BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4


Agensi Pengurusan Bencana Negara
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya.

Muat turun dokumen TBBN

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2020 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search