PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603 8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Panduan Kebenaran Memasuki Malaysia Mulai 24 Julai 2020

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PROSES KUARANTIN RAKYAT MALAYSIA DARI LUAR NEGARA

Soalan Am

 1.     Kenapa kami dikuarantinkan?

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan supaya semua warganegara Malaysia dan rakyat asing yang tiba dari luar negara untuk dikuarantinkan kerana mereka datang dari negara yang mempunyai kes jangkitan penyakit COVID-19. Oleh itu, mereka berisiko membawa pulang virus dari negara asing. Jadi pengasingan selama 14 hari (atau lebih berdasarkan kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia) diperlukan bagi memastikan segala simptom/gejala dapat dikawal memandangkan tempoh inkubasi virus ini adalah selama 14 hari.

Proses kuarantin ini adalah WAJIB. Setiap warganegara Malaysia & rakyat asing yg tiba di Malaysia melalui semua pintu masuk hendaklah patuh dengan arahan ini.

2.     Dimanakah terletaknya stesen Kuarantin?

Stesen kuarantian adalah di lokasi seluruh negara seperti yang ditentukan oleh Kerajaan. Lokasi pusat / stesen kuarantin adalah tertakluk kepada keputusan Kerajaan.

3.     Bolehkah saya mengetahui di mana saya akan dikuarantinkan?

Stesen kuarantin hanya boleh diketahui setibanya di KLIA / Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) selepas saringan kesihatan dilakukan. Individu yang ditempatkan di Stesen Kuarantin akan dikenali sebagai Person Under Surveillance (PUS).

4.     Adakah perkhidmatan kuarantin ini disediakan secara percuma?

Mulai 24 Julai 2020, semua individu yang masuk ke Malaysia perlu membayar kos kuarantin. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut;

  1. Warganegara: Seratus peratus daripada kadar maksimum hotel RM150 (kadar siling) sehari seorang, bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Bukan Warganegara (termasuk tanggungan kepada warganegara): Kadar maksimum RM150 sehari seorang, bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
  3. Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat: Kos Kuarantin akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2020 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search