Selamat Datang ke Portal NADMA!
Berita

Berita (102)

||
17 Jan

Januari 2020 - YBhg Dato Mohtar bin Mohd Abdul Rahman Ketua Pengarah NADMA Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan

 

|||
17 Jan

6 Januari 2020 - Perhimpunan Bulanan JPM bersama YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri di Dataran Perdana bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri 

||||
03 Dis

03.12.2019 - YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail mengadakan lawatan kerja ke Kelantan  meninjau keadaan banjir dan  bertemu dengan mangsa banjir di pusat pemindahan

||||||
30 Okt

Lawatan YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS)Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak.

PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak ini merupakan PPS pertama di buka iaitu sejak 21 Oktober dan kini menempatkan 149 orang mangsa daripada 35 buah keluarga.

 

Terima kasih Dr Wan Azizah Wan Ismail

||||||||||
28 Okt

Lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail di Pahang bermula di Kampung Gudang Rasau. YAB telah meraikan para sukaralewan komuniti kampung yang mengadakan aktiviti gotong-royong.

Lawatan kemudian diteruskan ke tapak projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Kampung Belat Kuantan dan berakhir di Depoh Simpanan Keperluan Bencana, Kompleks Penyayang, Kuantan Pahang.

 

Terima kasih @drwanazizah

||||||||||
08 Okt

Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2019 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

|||||
19 Sep

YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengedarkan topeng muka jenis N95 kepada orang ramai di KL Sentral bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap risiko jerebu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Dato Mohtar Mohd Abd Rahman.

||||
13 Sep

13 September 2019 - Lawatan Ketua Pengarah NADMA Malaysia bersama-sama Ketua Pengarah MET Malaysia dan Unit Bencana Negeri Selangor ke kawasan

Johan Setia, Selangor satu-satunya kawasan yang bacaan IPU 209 Sangat Tidak Sihat. 

Secara umumnya tiada kebakaran terbuka berlaku dan IPU tinggi adalah disebabkan jerebu. 

Menurut MET Malaysia Pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sarawak telah dibuat semalam 12.09.2019. Operasi  ini telah

berjaya menurunkan hujan di Sarawak. Berikutan daripada OPA, bacaan IPU di kawasan Kuching (82) Samarahan (66), Sri Aaman (80)

telah berkurangan.

||||
12 Sep

Subang, 12.09.2019 - Misi penghantaran stok sedia ada Disaster Emergency Logistics System for ASEAN (DELSA) ke Lao PDR yang terjejas teruk kesan daripada Ribut Tropika Podul pada 29 Ogos 2019 dan Lekukan Tropika Kajiki pada 2 September 2019 yang telah menyebabkan banjir besar di 6 daripada 17 wilayah di Lao PDR iaitu Attapeau, Savanhnakhet, Khammouan, Saravan, Sekong, dan Champasak.

Sehingga kini, dianggarkan 397,000 orang telah terjejas dengan 88,000 orang kehilangan tempat tinggal apabila banjir memusnahkan 28,000 kediaman.

Keadaan banjir dijangka akan berterusan memandangkan ramalan cuaca menunjukkan kawasan-kawasan terjejas dijangka akan mengalami hujan untuk beberapa hari akan datang.

Berikutan keperluan segera mangsa-mangsa ini, AHA Centre bersama 10 negara anggota ASEAN pada 9 September 2019 yang berpangkalan di UNHRD, Subang, Selangor telah bersetuju untuk menghantar barangan keperluan berupa 2,658 set kit kebersihan (hygiene kit), dan 226 buah set dapur (kitchen set).

Misi ini diketuai oleh Encik Amaluddin bin Suib, Pengarah Bahagian Logistik NADMA. Turut bersama di dalam penerbangan RMAF A400 ini adalah 2 orang pegawai NADMA Malaysia

||
29 Ogs

Kunjungan Hormat oleh Encik Wan Zainal Adilee, Pengarah Urusan EDOTCO ke atas KP NADMA

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image