04 Nov

Sidang Media oleh YAB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dato' Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Dato' Mohtar bin Mohd. Abd. Rahman, Ketua Pengarah NADMA Malaysia sejurus selepas Mesyuarat Persediaan Banjir Pantai Timur selesai.

04 Nov

YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dato' Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri telah menghadiri Mesyuarat Persediaan Banjir Pantai Timur di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. 
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Mohtar bin Mohd Abd. Rahman, Ketua Pengarah NADMA Malaysia.

 
03 Nov

Sekitar Bengkel Kesiapsiagaan & Penyelarasan Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2018 anjuran bersama NADMA & BBNGO di USM Kelantan. Majlis dirasmikan oleh Hj Romli b Ishak, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri. NADMA diwakili oleh En Hussain bin Moh, Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti & Sosial.

 
26 Okt

Majlis Perasmian Latihan Menghadapi Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Peringkat Negeri Pahang di Kem Galing, Kuantan Pahang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Muhammad Safian, SUK Negeri Pahang

26 Okt

Majlis Perasmian Latihan Menghadapi Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) peringkat Negeri Terengganu di DITC Kemaman disempurnakan oleh Tuan Zakaria Shaaban, TKP (Sektor Pelaksanaan Operasi) NADMA

27 Jul

Subang, 27 Julai 2018 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) hari ini dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre) dan ASEAN-Emergency Assessment and Response Team (ASEAN-ERAT) telah berlepas ke Lao PDR bagi melaksanakan misi penghantaran bantuan kemanusiaan.

Hujan lebat berterusan kesan daripada monsun dan ribut tropika 11 (Son-Tinh) yang melalui bahagian utara, tengah dan selatan Lao PDR pada 18 Julai 2018 telah menyebabkan banjir besar di 10 Wilayah iaitu Attapeu, Savanhnakhet, Khammouan, Xayabuly, Bolikhamsay, Luang Prabang, Bokeo, Sekong, Xiengkhouang dan Oudimxay. Limpahan air empangan Xepien-Xenamnoyu mengakibatkan banjir bertambah teruk di Wilayah Attapeu di mana lebih daripada 1,000 keluarga telah dipindahkan ke kawasan selamat. Rentetan itu, Kerajaan Lao PDR pada 24 Julai 2018 telah mengisytiharkan Daerah Samanxay, Wilayah Attapeu sebagai Zon Merah. Sehingga kini (26 Julai 2018) dilaporkan seramai 3,864 keluarga (16,256 mangsa) telah terjejas akibat daripada bencana tersebut. Daripada jumlah tersebut, 1,370 keluarga (6,630 mangsa) telah ditempatkan di 586 pusat pemindahan. Ribut tropika yang telah mengorbankan 9 nyawa ini juga telah memusnahkan 243 buah rumah, 14 jambatan dan dilaporkan 131 orang penduduk masih hilang.

Berikutan keperluan segera mangsa-mangsa ini, AHA Centre bersama 10 negara anggota ASEAN pada 25 Julai 2018 telah bersetuju untuk menghantar stok sedia ada Disaster Emergency Logistics System for ASEAN (DELSA) yang berpangkalan di United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD), Subang, Selangor. Muatan barangan keperluan yang dihantar adalah 2 unit bot penyelamat, kit keluarga (family kit), kit kebersihan (hygiene kit), khemah, makanan dan sebagainya. Maklumat lanjut di lampiran.

Misi penghantaran pertama menggunakan pesawat TUDM A400M ini disertai seramai 21 orang yang diketuai oleh YBrs. Encik Zainal Azman bin Abu Seman (Timbalan Ketua Pengarah, Pengurusan Operasi NADMA Malaysia) diiringi oleh 4 orang pegawai NADMA Malaysia (termasuk 2 orang wakil ASEAN-ERAT Malaysia), 14 orang pegawai/anggota SMART dan 2 orang pegawai AHA Centre iaitu Encik Arnel Capili, Pengarah Operasi dan Encik Yos Maryo Malole, Eksekutif.

19 Jul

KOTA BELUD: Sebanyak 2,575 keluarga mangsa banjir daripada 37 kampung di daerah ini, hari ini menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis berkata setiap keluarga berkenaan yang terkesan dengan bencana banjir pada Disember 2017 itu, menerima RM500 setiap keluarga.

"Agihan bantuan ini dilaksana bagi meringankan beban mangsa banjir terlibat musibah itu.

 

"Sebagai wakil rakyat di sini, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dalam usaha melakukan operasi dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir berkenaan...sumbangan itu sangat bermakna kepada mereka," katanya pada majlis penyerahan bantuan itu di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Parlimen Kota Belud Mohd Norazri Nurazalleh.

Isnaraissah Munirah berkata mengikut rekod, sepanjang 2017 daerah Kota Belud telah dilanda banjir sebanyak 86 kali dan menjejaskan lebih 43 kampung.

"Banjir yang paling teruk ialah pada Disember 2017, sehingga mengakibatkan proses pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara," katanya.

-- BERNAMA

07 Feb

7 FEBRUARI 2018, SELANGAU, SARAWAK  : Yang Berhormat Dato' Seri Dr Shahidan Kassim

08 Feb

8 FEBRUARI 2018, SARAWAK: Ketua Pengarah NADMA bersama-sama Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu,

09 Feb

9 FEBRUARI 2018, SIBU, SARAWAK : Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian SIbu

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image